Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 11, 2011

Review: Bilik pengantin

Salam dan salam sayang untuk semua

kali ni nak review sikit pasal bilik pengantin saya yang super cute tu. cute tu bukanlah sebab deco,tapi sebab saiz bilik yang ngam-ngam je ngan bed set kami. berpandukan tema purple+cream+white+gold, terciptalah bilik pengantin hasil kerja pesona andaman mar.


nampak tak warna gold tu menyerlah? i like :)

simple je kan bilik pengantin kami tapi still saya happy sebab en.kayrul suka. tu lebih penting kan?



Monday, August 8, 2011

Pengakuan jujur dari saya

Salam dan selamat hari isnin semua. Lama tak update. Takde idea mungkin @_@

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni, ada beberapa pengakuan jujur nak di buat (ada kaitan ke?)

1. Ramadhan pertama bergelar isteri amatlah mencabar bagi saya. Rasa seronok akhirnya dapat masak dan berbuka untuk suami. Walaupun saya tahu masakan saya baru di tahap beginner dan sayur ikan pun tak kenal lagi, suami masih memuji masakan saya. Sorry abg :) .
Tapi paling mencabar adalah untuk masak waktu sahur kerana saya dikenali sebagai orang yang tidak bangun sahur tegar dalam keluarga. Sebelum ni kalau bangun bersahur pun macam sedar tak sedar je tengah makan atau bermimpi. Alhamdulilah sehingga 8 ramadhan ni, saya boleh bangun pada jam 4 pagi untuk menyediakan juadah bersahur untuk suami tanpa gagal.hahahaha. kadang-kadang bakar roti dan buat air je pun suami dah puji lebih-lebih kerana kejayaan untuk bangun bersahur. cissssss.... :)

2. Setelah hampir 4 bulan bergelar isteri, ada sesuatu yang sudah mula bermain di fikiran saya. secara jujurnya, bila ada ex-b2b yang post pasal their pregnancy I WILL EVER READ THAT POST. i'm sorry but i'm telling the truth. reading their post will make me sad :(. Saya memang berharap untuk mendapat anak secepat mungkin lebih-lebih lagi bila orang tua kata anak pertama jangan di rancang, tetapi bukan rezeki kami buat masa ni. Ada halangan yang saya tak pasti sama ada saya akan kuat menghadapinya. Mungkin suami seperti tidak kisah, tapi dilubuk hatinya, saya percaya dia sentiasa inginkan zuriat dengan cepat. Kami tak pernah putus berdoa agar impian kami untuk memiliki anak sendiri termakbul dengan cepat.

3. Semakin hampir untuk raya, saya semakin sedih mengenangkan raya tahun ni saya akan beraya di Negeri sembilan, jauh dari keluarga di Batu Pahat. Huwaaaaaaaa...

4. Gambar kahwin dari OP belum siap. Sekian #_#